Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Januari 22, 2015

Langkah sikit lagi


[sambungan Suatu permulaan]

Beg duit dan kain pelikat memberi ilham untuk kawe meletakkan caption simbolik seperti berikut; "Beg sebagai tabung untuk masa depan yang belum pasti. Persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Kain pelikat sebagai peringatan untuk mengingati Allah yang maha agung".

Melangkah ke angka 30 membawa sedikit perubahan dalam kehidupan sama ada kerjaya mahupun pengabdian kepada Allah. Hanya selangkah tetapi bermakna. Ahh sudah ..

Tiada idea melainkan ayat-ayat yang kabur dalam fikiran. Berfikir bagaimana untuk meneruskan hidup yang berbaki. Simbolik di atas memerlukan isi di dalamnya. Setakat mana yang kawe mampu isi hanya Allah yang maha mengetahuinya.

Begitulah hidup kita. Setelah sekian lama bernafas dalam dunia ini apa yang ada, apa yang kita miliki? Hanya sekadar harta dunia? Atau hanya memikirkan akhirat? Oo terhantuk fikiran.

Antara mengumpul harta dunia dan harta akhirat..

Khamis, Januari 15, 2015

2015 suatu permulaan ...?

... untuk ke sekian kalinya kawe terasa banyak sangat untuk mencoret cerita sepanjang tahun 2014 yang baru saja berlalu. Namun untuk sekian kalinya juga kemalasan diri dan kelembaban telco menghalang nafsu bercerita. Cerita tahun lalu mempunyai suka duka sama ada dari segi peribadi mahupun kerjaya. Tapi untuk catatan kali ini kawe tinggalkan dulu masa lampau. 
Sebuah coretan 'seseorang"

Seperti biasa 7 Januari yang datang setiap tahun membawa cerita yang sama. Namun sedikit berbeza tahun ini kerana ada sesuatu yang agak menceriakan. Angka yang bertambah mengiringi umur yang berkurang. Menanti saat akan kehabisan ..

Menerima sesuatu daripada sesorang membuatkan diri kawe seakan di awang-awangan. Apakah ada cerita baru antara mimpi dan jodoh yang dicoretkan beberapa tahun yang lalu? Hihii ku serahkan pada takdir. 

Januari 2015 sebenarnya juga seakan permulaan yang mencabar dari sudut emosi dan situasi. Kali ini kawe betul-betul berada dalam situasi yang penuh emosi. Maksud kawe adalah dari segi kerjaya dan peribadi. Kerjaya yang sedikit mencabar kadang-kadang membentuk emosi yang tidak stabil. Tapi rasanya situasi ini tidaklah seteruk mana. Hanya secebis gelora di lautan (cuba berfalsafah).

Dari sudut peribadi tumpuan kali ini lebih menjurus kepada j.0.d.0.h. Tahun 2015 telahlah menjemput kawe masuk ke kumpulan umur tiga angka. Sejarah keluarga menyaksikan dengan usia begini abang-abang dan kakak telahlah menimang cahaya mata. Hihiii.. Ahhh pedulikan. Itu semua kehendak Allah. DIA yang maha penentu.

Untuk sekarang kawe akan cuba beradaptasi dengan situasi dan emosi agar peralihan umur ini seiring. . .
...................................................bersambung.

*Catatan pertama 7 Januari
*Mengenang Peneman hidup